Warga Indonesia direman kes pecah masuk gereja

24 Jun 2026 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Warga Indonesia direman kes pecah masuk gereja

RANAU: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pendatang tanpa izin (PTI) direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk dan kecurian di sebuah gereja di Kundasang.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Ranau selepas permohonan dibuat oleh pihak penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Menurut kertas siasatan kes berkenaan berpunca daripada laporan seorang petani tempatan yang menemui kesan pecah masuk di Gereja Seventh-day Adventist di Jalan Ranau–Tamparuli, Kundasang.

Pengadu memaklumkan bahawa ketika tiba di premis gereja pada 23 Mei, beliau mendapati berlaku kerosakan pada pintu belakang bangunan serta beberapa barangan milik gereja telah hilang.

Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah papan kekunci Yamaha, sistem pembesar suara (PA system) model BNB dan sebuah projektor.

Anggaran kerugian dianggarkan sekitar RM5,000.

Susulan siasatan polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun dalam operasi di sekitar kawasan Kundasang pada 21 Jun lalu.

Polis turut menyiasat suspek kerana dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pihak penyiasat memaklumkan kepada mahkamah bahawa tempoh lanjutan diperlukan bagi melengkapkan siasatan termasuk merakam keterangan, mendapatkan cap jari dan gambar serta menjalankan siasatan risikan lanjut.

Mahkamah kemudian membenarkan reman empat hari bermula 22 Jun bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh atau pecah rumah pada waktu malam dengan niat melakukan kesalahan sementara pihak berkuasa terus mengumpul bukti bagi menentukan penglibatan suspek dalam kejadian kecurian berkenaan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, khususnya di premis kosong, rumah ibadat dan kemudahan awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved