Warga Malaysia ditahan serbuan penipuan Pakistan dibebaskan

22 Aug 2026 • 8:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Warga Malaysia ditahan serbuan penipuan Pakistan dibebaskan

Warga Malaysia yang ditahan dalam serbuan pusat panggilan penipuan di Islamabad dibebaskan selepas siasatan dapati tiada kaitan sindiket.

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Pakistan dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di Islamabad baru-baru ini, telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil siasatan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan yang disiasat pihak berkuasa negara berkenaan.

Beliau juga mengesahkan lelaki tersebut merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi khas itu.

“Dia telah dibebaskan dan sudah balik ke Malaysia,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rusdi berkata JSJK akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan sepasukan pegawai telah dihantar ke Pakistan bagi membantu siasatan berhubung penahanan rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di negara itu.

Lelaki berkenaan antara 258 warga asing yang ditahan pihak berkuasa Pakistan semasa serbuan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved