78 warga asing ditangkap Imigresen Johor

20 Aug 2026 • 10:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 78 warga asing ditangkap Imigresen Johor
Anggota imigresen memeriksa dokumen perniagaan susulan terdapat aduan premis dikendalikan warga asing.

KOTA TINGGI - Seramai 78 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Johor menerusi serbuan di beberapa premis sekitar Pengerang, 11 pagi pada Selasa.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan melibatkan 71 lelaki dan tujuh wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun.

“Mereka yang ditahan adalah 30 lelaki Indonesia, 24 lelaki Pakistan, 10 lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan seorang lelaki India manakala tangkapan wanita melibatkan enam dari Indonesia dan seorang Myanmar.

“Mereka ditahan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mohd Rusdi berkata, lapan keping borang 29 iaitu saman kepada saksi dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

Menurutnya, operasi yang dijalankan bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu bagi mengenal pasti premis-premis yang menggajikan dan menempatkan warga asing tanpa mengikut syarat imigresen.

“Premis-premis yang dipercayai menggaji atau dikendalikan warga asing yang menyalahi undang-undang diperiksa secara menyeluruh.

“Terdapat individu yang didapati melakukan kesalahan seperti menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” ulasnya.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved