Diminta imbas QR, Maybank titip pesan hati-hati taktik ‘scam’ terkini

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 4:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Diminta imbas QR, Maybank titip pesan hati-hati taktik ‘scam’ terkini

Kejadian scam semakin menjadi-jadi dikalangan kita, perkara ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan mungkin ketika artikel ini dimuatnaik telah berlaku kejadian scam yang beroperasi secara dalam talian ataupun menerusi panggilan telefon.

Pastinya individu yang menjadi mangsa sindiket penipuan ini berasa tertekan, apabila menyedari wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun telah hilang sekelip mata!

Hati-hati imbas kod QR

Menjengah ke laman X milik syarikat perbankan terkenal negara, Maybank memberi pesanan kepada orang ramai agar berwaspada dengan taktik sindiket penipuan masa kini yang lebih licik. Terdapat pelbagai modus operandi sindiket penipuan telah berlaku di Malaysia dan yang terkini adalah menerusi taktik imbasan kod QR palsu bagi memperdayakan mangsa.

Melihat hantaran yang dimuatnaik syarikat perbankan gergasi ini, Maybank menyenaraikan beberapa taktik penipuan yang semakin berleluasa. Antara cara kegiatan penipuan ini dijalankan adalah dengan:

  • Menerusi panggilan telefon di mana scammer menyamar sebagai ejen dari kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada dan Grab
  • Pancing dengan tawaran menaikkan had PayLater akaun
  • Meminta OTP dan imbas kod QR dari platform yang tidak sah
  • Dan scammer berjaya akses ke akaun bank dan mengeluarkan wang simpanan tanpa disedari mangsa

Selain itu, Maybank turut berkongsi beberapa situasi sindiket penipuan yang boleh terjadi jika tidak berwaspada dan berhati-hati. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Anda menerima panggilan telefon peribadi yang menggunakan nama syarikat rasmi
  • Ejen tiba-tiba memberi jaminan dapat naikkan had dengan kadar segera
  • Dan mengarahkan mangsa untuk mengikut arahan tanpa menggunakan platform rasmi
Image from: Diminta imbas QR, Maybank titip pesan hati-hati taktik ‘scam’ terkini

Jika terjatuh ke dalam perangkap penipuan sindiket ini boleh mengakibatkan kesan yang besar pada kehidupan seharian, seperti berlaku peningkatan hutang secara tiba-tiba, akaun bank tidak boleh digunakan lagi, proses transaksi pembayaran juga jadi tidak sah.

Justeru itu, Maybank menasihati orang ramai agar bersikap berhati-hati dan tidak bertindak melulu dengan mengimbas kod QR yang diterima dari mana-mana platform yang tidak sah atau dari individu yang mencurigakan. Serta tidak memberi nombor sekuriti OTP dan sebarang maklumat peribadi kepada individu yang kononnya mengaku sebagai pegawai atau ejen menerusi dalam talian.

Image from: Diminta imbas QR, Maybank titip pesan hati-hati taktik ‘scam’ terkini

Jika anda sedang mengalami situasi yang mencurigakan atau telah terperangkap dalam sindiket penipuan, anda boleh terus hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera.

Jadi berhati-hati jika anda menerima sebarang panggilan yang mencurigakan ataupun menerima mesej yang mengarahkan untuk anda imbas kod QR dari platform yang tidak sah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved