Warga Selangor, Ini Cara Daftar Vaksin Influenza Percuma

LocalHealth & Fitness
3 Aug 2026 • 10:39 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Program Vaksin Influenza Percuma Selangor disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui insentif SELVAKSIN (Program Vaksin Anak Selangor) bagi melindungi golongan berisiko tinggi daripada jangkitan influenza.

Program ini menyasarkan warga selangor tanpa kira had umur dan golongan berpendapatan kurang daripada RM8,000.

Jom rujuk info lebih terperinci mengenai Program Vaksin Influenza Percuma Selangor di bawah.

Apa Itu Vaksin Influenza Percuma Selangor?

Vaksin Influenza Percuma Selangor adalah satu inisiatif kesihatan awam di bawah Program Vaksin Anak Selangor (SelVaksin) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Program bernilai RM1 juta ini bertujuan memberikan perlindungan imunisasi secara percuma kepada warga Selangor.

Inisiatif ini dilancarkan bagi mengekang penularan wabak influenza dalam komuniti, mengurangkan komplikasi kesihatan yang teruk, serta meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah.

Jenis Vaksin yang Ditawarkan: Vaksin Influenza.

Siapa Layak Dapat Vaksin Percuma Selangor?

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat berikut untuk melayakkan dapat vaksin percuma Selangor, iaitu:

  1. Merupakan anak Selangor (tanpa kira had umur)
  2. Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  3. Telah menetap di Selangor selama 10 tahun atau lebih
    Image from: Warga Selangor, Ini Cara Daftar Vaksin Influenza Percuma

    Mudah sahaja caranya untuk dapatkan vaksin influenza percuma ini. Rujuk langkah-langkah berikut:

    1. Buat pendaftaran melalui aplikasi SELANGKAH
    2. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
    3. Setelah pendaftaran dihantar, pemohon akan menerima notifikasi pengesahan permohonon berjaya.
    4. Seterusnya, ahli atau kanak-kanak bersama penjaga hadir ke klinik atau hospital untuk mendapatkan suntikan vaksin Influenza.
    5. Selepas menerima suntikan, pengesahan sijil vaksinasi akan dipaparkan melalui aplikasi SELANGKAH

    Selesai.

    Kalau anda belum muat turun aplikasi Selangkah, sila muat turun terlebih dahulu:

    Image from: Warga Selangor, Ini Cara Daftar Vaksin Influenza Percuma

    Kenapa Vaksin Influenza Penting?

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kepentingan vaksin influenza yang diberikan secara percuma kepada warga Selangor ini.

    Vaksin influenza ini penting kerana ia boleh melindungi anda daripada sakit flu yang teruk, mengelakkan komplikasi bahaya, dan melindungi orang di sekeliling anda.

    Influenza boleh menyebabkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia) yang sesak nafas dan berbahaya.

    Dengan pengambilan vaksin, ia dapat membantu menjaga keselamatan diri sendiri, anak kecil, warga emas, ibu hamil, dan pesakit kronik (seperti kencing manis atau asma) daripada terkena virus Influenza.

    Jika anda terjangkit pun selepas divaksin, gejala sakit akan jadi jauh lebih ringan dan cepat sembuh.

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Vaksin Percuma Selangor 2026

    Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai vaksin percuma influenza Selangor melalui https://selcare.com/ atau muat turun aplikasi super Selangkah.

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi talian hotline 24 jam 1800-22-6600.

    SOALAN LAZIM

    Apakah itu Program SELVAKSIN Influenza?

    Ia adalah inisiatif khas Kerajaan Negeri Selangor bersama Selcare untuk memberikan perlindungan vaksin influenza secara percuma kepada golongan sasaran yang berisiko bagi mengurangkan komplikasi jangkitan kuman saluran pernafasan.

    Siapakah yang layak menerima vaksin percuma ini?

    – Merupakan anak Selangor (tanpa kira had umur)
    – Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
    – Telah menetap di Selangor selama 10 tahun atau lebih

    Di manakah pemberian vaksin ini dijalankan?

    Program ini tidak dilaksanakan di sekolah. Suntikan boleh didapatkan melalui pendaftaran janji temu di Klinik Selcare atau rangkaian Klinik Panel Selcare terpilih yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

    Adakah sijil digital akan diberikan selepas suntikan?

    Ya. Selepas selesai menerima suntikan di klinik atau hospital panel, status dan Sijil Vaksinasi Digital akan dipaparkan secara rasmi di dalam akaun aplikasi SELANGKAH anda.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved