Waris rakyat Malaysia hilang di Nepal jalani ujian DNA esok

1 Sep 2026 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Waris rakyat Malaysia hilang di Nepal jalani ujian DNA esok

SHAH ALAM, 1 SEPT: Seorang daripada ahli keluarga rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir besar di Nepal memaklumkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada waris terdekat keluarganya akan diambil esok.

Perkembangan itu dikongsikan oleh K Divya Varshini, 29, yang dimaklumkan mengenai perkara berkenaan oleh pihak berkaitan, lapor Berita Harian.

Divya adalah anak kepada V Krishnan, 74, dari Sungai Siput, Perak, antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan bencana berkenaan.

"Ini perkembangan terkini yang diterima keluarga saya. Esok mereka akan ambil sampel DNA daripada waris terdekat," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Ditanya perkembangan terkini mengenai pencarian bapanya setakat ini, beliau berkata pihak keluarga masih belum menerima maklumat berhubung perkara itu.

Terdahulu, media melaporkan ahli keluarga rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana berkenaan dilaporkan akan dipanggil ke balai polis bagi memberikan sampel DNA untuk membantu proses pengecaman mayat yang ditemukan.

Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal, manakala keluarga mereka diberikan taklimat mengenai perkembangan usaha pencarian oleh Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved