Warta Pemecatan Tiga Pemegang Jawatan Adat Negeri Sembilan Didakwa Tidak Sah

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 7:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Warta Pemecatan Tiga Pemegang Jawatan Adat Negeri Sembilan Didakwa Tidak Sah

Warta Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 26 Oktober lalu yang membabitkan pemecatan tiga pemegang jawatan adat serta pelantikan individu baharu sebagai Undang Luak didakwa tidak sah dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, hari ini.

Menurut kenyataan itu, warta berkenaan didakwa bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 dan dikeluarkan tanpa kelulusan sah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN).

Warta tersebut melibatkan pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; serta Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid yang memegang jawatan Datuk Shahbandar Sungei Ujong.

Kenyataan bersama itu turut mempersoalkan pewartaan pelantikan individu yang didakwa mengaku sebagai Undang Luak baharu bagi Sungei Ujong, Jelebu dan Rembau.

“Warta tersebut adalah tidak sah, tiada kesan undang-undang dan bertentangan dengan UUTKNS 1959 serta dibuat untuk mengelirukan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan menegaskan bahawa tiada sidang Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) yang sah serta memenuhi syarat korum dapat diadakan sejak 17 April lalu.

Keadaan itu dikaitkan dengan injunksi ad-interim Mahkamah Tinggi Seremban yang didakwa menghalang ahli-ahli asal dan sah DKU daripada mengadakan atau menghadiri sebarang sidang.

Menurut kenyataan itu, Perkara 20 UUTKNS 1959 menetapkan DKU tidak boleh membuat keputusan atau memberikan nasihat sekiranya korum tidak mencukupi, sebaliknya sidang perlu ditangguhkan.

Kenyataan itu menjelaskan korum yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya empat ahli tetap, tidak termasuk pengerusi, manakala jumlah minimum kehadiran termasuk pengerusi ialah lima orang.

Sehubungan itu, sidang DKU pada 31 Julai lalu didakwa tidak memenuhi syarat berkenaan kerana hanya Tunku Besar Seri Menanti dinyatakan hadir sebagai ahli tetap yang sah.

Sidang tersebut turut didakwa melanggar perintah injunksi ad-interim bertarikh 5 Jun lalu yang menghalang sebarang persidangan DKU sehingga permohonan di Mahkamah Tinggi Seremban selesai diputuskan.

Kenyataan itu juga mempersoalkan tindakan Tuanku Muhriz yang mengarahkan bekas Setiausaha DKU mewartakan keputusan sidang berkenaan. Ia berikutan dakwaan bahawa Tuanku Muhriz tidak lagi mempunyai kedudukan untuk menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Besar sejak 15 September lalu.

Selain itu, Raja Norazli didakwa telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha DKU pada 17 September lalu oleh Tunku Nadzaruddin.

Dalam kenyataan sama, pihak berkenaan menyeru pihak berkuasa dan pengamal media supaya bertindak secara profesional, meneliti fakta serta merujuk sumber berautoriti sebelum mengambil sebarang tindakan atau menyiarkan maklumat kepada umum.

Baca juga:

Menurut kenyataan itu, status quo pemegang jawatan Undang Luak kekal seperti sebelum 17 April lalu kerana didakwa tiada nasihat DKU yang sah untuk mengesahkan pemecatan pemegang jawatan asal atau pelantikan Undang Luak baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved