Western Digital Mahu Menjual Pegangan Saham SanDisk Untuk Mengurangkan Hutang

TechnologyBusiness & Finance
19 Feb 2026 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Western Digital, syarikat pengeluar produk storan digital terkemuka baru-baru ini dilaporkan akan menjual sejumlah besar pegangan saham mereka keatas syarikat pengeluar storan flash SanDisk untuk mengurangkan bebanan hutang bank.

Beberapa laporan mengatakan bahawa Western Digital sedang melihat untuk menjual sebanyak 5.8 juta saham yang bernilai kira-kira $3.17 bilion untuk melunaskan hutang terhadap JP Morgan dan Bank of America Securities.

image is not available

Jualan ini juga bermakna bahawa apabila penjualan tersebut habis dilakukan (pada harga 7.7 peratus lebih rendah berbanding dengan harga jualan sebelum ini), Western Digital hanya akan memegang 1.7 juta saham SanDisk, yang bernilai kira-kira $1 bilion.

Western Digital juga dijangka akan menjual pegangan tersebut, dan mengurangkan lagi beban hutang syarikat menjelang penghujung tahun 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved