WhatsApp Akan Hadir Dengan Tema Perbualan Baru Untuk Pengguna Android

TechnologyDigital
16 Aug 2024 • 6:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini mengumumkan bahawa mereka sedang mengembangkan ciri baru membolehkan pengguna mengubah tema perbualan (chat theme). Ini sekaligus memberi makna bahawa pengguna Android kelak akan dapat menyesuaikan paparan tema perbualan di WhatsApp mengikut citarasa peribadi.

image is not available

Menerusi tetapan barharu ini, pengguna boleh mengubah dan menyesuaikan warna latar belakang dan kotak mesej. Berdasarkan laporan WeBetaInfo, terdapat sekurang-kurangnya 10 tema perbualan yang akan tersedia untuk dipilih dan disesuaikan. Perubahan tetapan pada tema perbualan ini kemudiannya akan digunakan pada semua tingkap perbualan secara automatik.

Fungsi ini walau hanya tersedia untuk sebahagian kecil pengguna Android dalam aplikasi versi Beta sahaja. Meskipun begitu, pihak WhatsAPp kelak akan melancarkan fungsi ini kepada pengguna lain tidak lama lagi jadi sama-sama kita nantikan.