WhatsApp Channels Kini Aktif Untuk Pengguna Di Malaysia

TechnologyDigital
25 Jul 2023 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini telah mengaktifkan ciri WhatsApp Channels untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, ia membolehkan komunikasi sehala daripada pelbagai agensi, jenama, syarikat, media dan sebagainya – sekaligus memudahkan orang ramai dalam mengikuti sesuatu perkembangan dengan mudah.

Di Malaysia, beberapa WhatsApp Channels tersedia untuk diikuti, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, JomCheck, Sukanz, Cereka, dan juga Amanz sendiri.

image is not available

Dengan langkah ini, pelbagai kemaskini akan dikongsikan terus ke bahagian WhatsApp Channels, dan orang ramai boleh mengikutinya dengan mudah. WhatsApp turut menyatakan pelbagai kemaskini akan tersedia untuk tempoh 30 hari pada pelayan WhatsApp, sebelum hilang.

Tiada sebarang data berkenaan pengikut sesuatu WhatsApp Channels yang boleh diakses pemilik WhatsApp Channels berkenaan. WhatsApp mengatakan mereka mengambil berat ciri privasi, dan melindunginya untuk pengguna.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp, seterusnya ke bahagian Updates atau Kemas kini, dan boleh mengikuti saluran WhatsApp Channels yang anda gemari.

Jangan lupa untuk ikuti saluran Amanz di WhatsApp Channels.