WhatsApp Kini Ada Ciri ‘Username’, Pengguna Tak Perlu Kongsi Nombor Telefon Dah

Technology
30 Jun 2026 • 4:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Aplikasi WhatsApp kini memperkenalkan ciri nama pengguna (username) yang mana pengguna boleh menempah dan meletakkan username unik pada akaun masing-masing tanpa perlu mendedahkan lagi nombor telefon terutamanya kepada orang tidak dikenali.

Kebiasaannya sebelum ini, kita perlu memberi nombor telefon kita kepada pihak lain sekiranya mahu memulakan perbualan di aplikasi berkenaan. Bagaimanapun, tidak semua individu selesa untuk berkongsi maklumat peribadi mereka dengan orang lain.

Namun disebabkan urusan penting, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain berkongsi nombor telefon bagi memudahkan urusan. Namun pengguna tidak perlu risau lagi, apabila ciri username ini mula diperkenalkan oleh Meta secara berperingkat.

Image from: WhatsApp Kini Ada Ciri ‘Username’, Pengguna Tak Perlu Kongsi Nombor Telefon Dah

Pengguna Boleh Tempah Username Unik Sebelum Diambil Orang Lain

Sebagai gambaran, ciri ini ibarat username yang digunakan untuk aplikasi Instagram, Telegram atau Facebook.

Memetik Meta, ciri ini lebih berguna buat mereka yang menggunakan group chat sama ada group kerja, perniagaan atau kelas.

Bermula minggu ini, pengguna boleh mula ‘cop’ username masing-masing sebelum ciri tersebut digunakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

View on Threads

Pengguna Boleh Guna Username Yang Sama Seperti Di IG Atau FB

Lebih menarik pengguna boleh membuat pilihan dan mencipta username unik mereka sendiri ataupun menggunakan username yang sama seperti di akaun Instagram atau Facebook.

Namun sekiranya kekeringan idea untuk meletakkan nama pengguna apa, WhatsApp akan menyediakan penjana (generator) username.

Penggunaan Ciri Username Tidak Diwajibkan

Bagaimanapun penggunaan username ini tidak diwajibkan kepada semua. Pengguna boleh memilih sama ada mahu mengaktifkan username tersebut ataupun kekal dengan paparan nombor telefon.

Cara Untuk Tetapkan Username Di WhatsApp

Cara untuk mengaktifkan username ini mudah sahaja. Pergi ke bahagian Settings Account → Username.

Jika anda belum dapat melihat ciri ini di telefon pintar, maknanya anda bukan ‘the chosen one’. Haha gurau sahaja.

Setakat ini, dua team kami sudah berjaya mendapatkan username bagi akaun masing-masing. Tada!

Sebagai rujukan, username ini akan tertera di bawah gambar profil (DP) anda.

Memandangkan ciri baharu ini diperkenalkan secara berkala, mungkin ada pengguna yang belum boleh mengakses ciri tersebut. Bolehlah semak akaun masing-masing dari semasa ke semasa.

Perlu Tahu Username Jika Mahu Mencari (Search) Seseorang Di WhatsApp

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk mencari username seseorang?

Untuk info, WhatsApp tidak ada menyediakan direktori awam dan WhatsApp tidak akan memberikan cadangan username seseorang, sebaliknya pengguna perlu mengetahui username yang tepat sebelum boleh menghubungi pengguna lain buat kali pertama.

Bagaimana pula dengan isu privasi? Usah risau, jika anda mahukan privasi dan mengawal siapa yang boleh menghubungi anda melalui username, WhatsApp turut memperkenalkan pilihan kunci nama pengguna (username key).

Jika anda mengaktifkannya, orang lain perlu mengetahui kunci tersebut sebelum mereka boleh menghantar mesej kepada anda di WhatsApp.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved