Whatsapp kini boleh susun senarai, petikan dan letak bayang dalam mesej perbualan

Digital
22 Feb 2024 • 11:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

WhatsApp hari ini mengumumkan kemaskini di dalam aplikasi permesejan mereka, di mana lebih banyak format teks boleh digunakan. Jika sebelum ini cuma ada Bold, Italic, Strikethrough, dan Monospace, selepas ini pengguna WhatsApp boleh membuat senarai dan blok petikan.

Terdapat empat format teks baru telah ditambah dan boleh digunakan semua pengguna WhatsApp iaitu:

  1. Senarai Berbulet– membuat senarai dengan titik (guna ‘-‘ diikuti satu ruang kosong untuk setiap senarai)
  2. Senarai Bernombor – membuat senarai dengan nombor (guna digit 1,2,3 diikuti titik dan satu ruang kosong untuk setiap senarai)
  3. Petikan Blok – menonjolkan perkataan sebagai petikan (guna ‘>’ diikuti satu ruang kosong)
  4. Kod Dalam Baris – menonjolkan perkataan secara bayang-bayang (buka dan tutup perkataan guna ‘`’)

Sedikit sebanyak, pengguna boleh membuat gaya tulisan dengan lebih jelas seperti penggunaan Google Docs atau Microsoft Words, terus di dalam WhatsApp. Fungsi format teks terbaru ini kini tersedia untuk semua platform WhatsApp termasuk peranti Android, iOS, pelayar web dan Desktop.

WhatsApp juga menyatakan, Channels turut tersedia menggunakan format teks baru ini.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan