
WhatsApp mempunyai ciri baharu yang sedang diuji iaitu kebolehan menapis bunyi untuk meningkatkan kualiti panggilan audio dan video. Ciri ini disediakan secara terbina dan kini mula diuji dalam kalangan beberapa pengguna beta terlebih dahulu sebelum dilancarkan kepada umum. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta menambah baik dari semasa ke semasa sebelum diberikan kepada pengguna secara meluas.

Kelebihan ciri ini ialah membolehkan perbualan lebih semula jadi dan mudah difahami terutama di kawasan bising. Pengguna boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi ini melalui menu panggilan namun menurut WhatsApp, ia biasanya diaktifkan secara automatik sebaik sahaja panggilan bermula.
Ciri ini berfungsi dengan mengesan dan menapis bunyi persekitaran bagi memastikan suara orang yang bercakap tetap jelas sekali gus menjadikan perbualan lebih mudah difahami walaupun dalam suasana bising. Dengan meminimumkan gangguan, ia dilihat membantu dalam meningkatkan pengalaman panggilan tanpa memerlukan tetapan yang rumit.
Sekali lagi diingatkan bahawa buat masa ini ia masih dalam fasa ujian dan hanya ditawarkan kepada segelintir pengguna terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara meluas.

