WhatsApp Menguji Fungsi Emoji Mengangkat Tangan Semasa Panggilan Suara Dan Video

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menggunakan emoji tangan diangkat (Raise Hand) semasa panggilan suara dan video. Ciri ini berfungsi sebagai isyarat sopan untuk memberitahu peserta lain bahawa anda ingin bercakap tanpa perlu menyampuk perbualan yang sedang berlangsung.

image is not available

Fungsi emoji tangan diangkat ini bukan sesuatu yang asing malah telah lama digunakan dalam Google Meet dan Microsoft Teams. Bezanya, WhatsApp lebih sinonim dengan komunikasi santai dan berskala kecil. Justeru dengan penambahan ini, ia memberi peluang kepada WhatsApp digunakan dalam situasi lebih formal seperti perbincangan penting.

Apabila ciri ini diaktifkan, ikon tangan akan muncul dengan jelas pada skrin semua peserta. Ia berguna semasa sesi perbualan yang melibatkan ramai perserta terutamanya untuk situasi formal dengan hanya seorang bercakap dalam satu masa. Fungsi ini sedang diuji dalam kalangan pengguna beta terpilih dan dijangka akan disediakan secara terbuka tidak lama lagi.