WhatsApp Sedang Membangunkan Pelekat ‘Photo’ Pada Kemaskini Status

TechnologyDigital
4 Feb 2025 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatApp sedang melakukan penambahbaikan pada fungsi status bagi menjadikannya lebih menarik untuk pengguna. Melaluinya pelekat ‘Photo’ akan ditambah menerusi kemaskini akan datang. Ia boleh diumpamakan seperti fungsi pelekat ‘Photo’ pada Instagram Stories yang membolehkan pengguna menambah sekurang-kurangnya dua gambar dalam satu kemaskini status.

image is not available

Saiz dan kedudukan gambar turut boleh diubahsuai memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menyusunnya dengan cara yang berbeza. Selain itu boleh tersedia dalam pelbagai jenis bentuk termasuk bulat, persegi dan juga bintang. Tidak terhad untuk imej pegun semata malahan pengguna dikatakan boleh menggunakan pelekat baharu ini pada video yang dikongsikan melalui kemaskini status.

Buat masa ini ia masih di peringkat pembangunan, dan masih belum diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini bagi versi penuh.