WIRA’2026 mahasiswa UTeM teguhkan hubungan strategik 2 negara

7 Oct 2026 • 6:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: WIRA’2026 mahasiswa UTeM teguhkan hubungan strategik 2 negara

Daripada bilik kuliah ke pentas antarabangsa, mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membuktikan pengalaman merentas sempadan mampu menjadi pemangkin pembentukan jati diri, kepimpinan dan jaringan serantau menerusi Wawasan Integrasiswa Rentas Antarabangsa 2026 (WIRA’2026).

Program empat hari yang diadakan baru-baru ini di Universitas Islam Batik Surakarta (UNIBA), Solo, Indonesia itu menghimpunkan mahasiswa Malaysia dan Indonesia menerusi aktiviti pertukaran budaya, kepimpinan, perkongsian ilmu, kesukarelawanan serta komunikasi rentas budaya.

Lebih daripada sekadar program mobiliti, WIRA’2026 menjadi ruang mahasiswa

UTeM keluar daripada zon selesa, berdepan persekitaran baharu dan belajar membina komunikasi serta kerjasama dengan komuniti antarabangsa.

Pengarah Program WIRA’2026, Siti Shahida Sulani berkata, pengalaman itu memberi peluang kepada peserta memahami perbezaan budaya selain membina keyakinan untuk berkomunikasi dan memimpin dalam suasana yang berbeza.

“Peserta bukan sahaja datang sebagai mahasiswa, tetapi membawa identiti UTeM dan Malaysia untuk berkongsi budaya, nilai serta membina hubungan dengan mahasiswa dan masyarakat di Indonesia,” katanya.

WIRA’2026 dianjurkan Jawatankuasa Mahasiswa Luar (JKML), Kelab Virtuoso dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA UTeM) dengan kerjasama UNIBA, selain mendapat sokongan serta tajaan Yayasan Perkasa Siswa, Yayasan Terengganu, EPIC Berhad, Ramalong Enterprise, Maia Clothing dan Terengganu Inc.

Bagi peserta UNIBA, Renova Amanda, program itu membuka peluang mahasiswa kedua-dua negara saling mengenali budaya dan perspektif kehidupan masing- masing dalam suasana yang lebih dekat dan terbuka.

“Walaupun datang daripada negara berbeza, banyak perkara yang menyatukan mahasiswa Malaysia dan Indonesia, khususnya persahabatan, pendidikan dan semangat untuk menyumbang kepada masyarakat,” ujar beliau yang merupakan pelajar tahun 2 program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik) dengan Kepujian.

Sementara itu, mengulas perkembangan program berkenaan, Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, berkata pengalaman antarabangsa penting bagi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mempunyai kompetensi akademik dan teknikal, malah yakin berinteraksi dalam masyarakat global.-UTUSAN

The post WIRA’2026 mahasiswa UTeM teguhkan hubungan strategik 2 negara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved