Wong Chen: PKR tunggu kenyataan rasmi Johari

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 12:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wong Chen: PKR tunggu kenyataan rasmi Johari

KUALA LUMPUR: PKR kini menunggu kenyataan rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung dakwaan peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen Subang.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun beliau tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung tindakan Chen yang juga Ahli Parlimen dari PKR.

“Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya, jadi kita tunggu Speaker,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Konvensyen PIBG Internet Selamat di Pusat Konvensyen Imbi di sini hari ini.

Terdahulu, desas-desus mengenai peletakan jawatan Chen berlegar selepas beliau memuat naik kepala surat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang yang dialamatkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut dinyatakan, sebaliknya Chen yang sudah tiga penggal mempertahankan kerusi Parlimen Subang memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan akhbar Isnin ini, berhubung surat itu dan pertemuannya dengan Johari.

“Pagi ini (semalam) saya mengadakan pertemuan panjang dengan Tan Sri Johari. Kami sepatutnya bertemu selama 30 minit tetapi akhirnya berbincang hingga sejam setengah.

“Apa yang penting saya sudah menyerahkan surat saya kepadanya dan akan mengeluarkan kenyataan media, Isnin ini,” katanya di akaun media sosialnya pada 5 Ogos lalu.

Chen sebelum ini dilapor antara Ahli Parlimen yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengumumkan pengambilalihan parti Bersama pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Fahmi ketika ditanya mengenai desas desus mengenai pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat, katanya, kerajaan Perpaduan akan terus kekal sehingga cukup penggal.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan pada masa ini adalah untuk terus menambah baik pentadbiran serta memastikan agenda yang telah digariskan dapat dilaksanakan.

“Komitmen kita, sama ada dalam PH mahupun Kerajaan Perpaduan, adalah untuk terus menambah baik apa yang ada dan memastikan kerajaan dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN 

The post Wong Chen: PKR tunggu kenyataan rasmi Johari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved