MPP PKR tolak perletakan jawatan Nurul Izzah, beri ruang urus hal peribadi & teruskan PhD – Fahmi

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 2:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden, sebaliknya memberi ruang dan masa kepadanya untuk menguruskan hal peribadi serta meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selaras dengan hasrat Nurul Izzah untuk memberi tumpuan kepada bidang akademik seperti dinyatakan sebelum ini.

Image from: MPP PKR tolak perletakan jawatan Nurul Izzah, beri ruang urus hal peribadi & teruskan PhD – Fahmi

Kredit Foto: NSTP/FATHIL ASRI

“Bagi memastikan pentadbiran serta operasi parti berjalan lancar dan tidak terganggu, fungsi serta tanggungjawab jawatan Timbalan Presiden kini digalas oleh Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Dalam mesyuarat tempoh hari, MPP memutuskan tidak menerima peletakan jawatan kerana beliau meminta masa seperti kenyataan yang diberikan itu antara lain mengurus diri dan juga menyiapkan serta meneruskan pendidikan PhD.
“Jadi kita beri beliau masa dan tugas serta tanggungjawab Timbalan Presiden, fungsi-fungsi Timbalan Presiden akan digalas oleh Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Image from: MPP PKR tolak perletakan jawatan Nurul Izzah, beri ruang urus hal peribadi & teruskan PhD – Fahmi

” Jadi kerja tetap berjalan. Nurul Izzah kekal sebagai anggota parti dan akan terus membantu parti dalam perjuangan,” kata Fahmi.

Khamis lalu, Nurul Izzah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas membuat pertimbangan panjang bagi membolehkannya meneruskan pengajian lanjutan berteraskan khidmat dan bakti tanpa semestinya terikat dengan dunia politik.

Artikel lain: Nurul Izzah kekal ahli PKR! Lepas jawatan Timbalan Presiden, fokus pengajian lanjutan

Image from: MPP PKR tolak perletakan jawatan Nurul Izzah, beri ruang urus hal peribadi & teruskan PhD – Fahmi

Kredit Foto: BERNAMA

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan keputusan berkenaan tidak mengubah pendiriannya untuk terus kekal sebagai anggota PKR dan memberikan dokongan kepada perjuangan parti ke arah Malaysia yang lebih baik di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama barisan kepemimpinan serta akar umbi.

Sumber: BH Online (Suraya Ali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved