
Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, bakal membuat penampilan sulung di laman sendiri selaku pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi menjelang Kejuaraan Dunia Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Pelumba negara berusia 19 tahun itu ketika ini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 103 mata selepas 18 pusingan.
Pencapaian terbaik Hakim setakat ini adalah ketika bangkit daripada bermula di petak ke-14 mencipta sensasi untuk menjuarai GP Republik Czech di Litar Brno.
Ayuh saksikan perjuangan Hakim Danish memburu podium di laman sendiri!
*Jumaat: Latihan Bebas 1, Latihan
Sabtu: Latihan Bebas 2, Kelayakan 1, Kelayakan 2
Ahad: Hari Perlumbaan
MOTO3: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) HAKIM DANISH DI LITAR SEPANG
Tarikh: Bermula 30 Oktober - 1 November 2026 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Saluran: Stadium Astro (802), Astro Sport Plus (817)
Masa: Bermula 9 Pagi *Perlumbaan pada Ahad bermula 11.45 pagi
Venue: Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!






