Wujud CCTV di sekolah, tetapi tiada di lokasi kejadian

5 Oct 2026 • 11:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wujud CCTV di sekolah, tetapi tiada di lokasi kejadian

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan terdapat pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, susulan kematian pelajar perempuan tingkatan empat yang ditemukan maut di premis berkenaan.

Beliau berkata, bagaimanapun CCTV itu tidak dipasang di lokasi kejadian jenayah berlaku ketika mayat mangsa ditemukan di dalam dewan sekolah tersebut, petang Sabtu lalu.

“Sekolah itu ada CCTV, cuma CCTV itu tidak dipasang di tempat kejadian jenayah berlaku. Jadi kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus.

“Sebab itu saya kata, mana-mana sekolah yang telah mempunyai CCTV, dan CCTV tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk sama-sama tambah baik dan ambil tindakan terhadap fungsi CCTV itu agar ia berfungsi untuk merakam dan merekodkan kejadian-kejadian di sekolah,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Media Parlimen, hari ini. – UTUSAN

The post Wujud CCTV di sekolah, tetapi tiada di lokasi kejadian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved