‘Wujud lagi ya gaji bawah RM1,000?’

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2026 • 3:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Wujud lagi ya gaji bawah RM1,000?’

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila ditawarkan gaji rendah hanya RM600 sebulan untuk tiga bulan pertama sebagai guru di sebuah tadika swasta di Terengganu, namun tanggungjawab diberikan tidak setimpal dengan bayaran diterima.

Gaji berkenaan didakwa bakal dinaikkan sehingga RM1,500 sebulan, tetapi masih dianggap tidak berbaloi apabila bukan setakat menjadi guru semata-mata, tetapi juga ditugaskan untuk menjadi tukang masak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread @Pinkguavagirl, dia mendakwa mendapat tawaran sebagai guru di tadika swasta tersebut dan dia kemudian menolaknya susulan bayaran gaji berkenaan.

“Hina sungguh minta kerja di Terengganu. Guru tadika swasta gaji sebulan RM600 untuk tiga bulan pertama, tiada KWSP. Lepas tu baru RM1,500 dengan KWSP.

“Nak degree (sarjana muda) lepas tu aku pelik juga apa hal nak suntikan tifoid. Oh, akulah cikgu akulah tukang masak.

“Jangan risau aku tak terima pun. Mak aku cakap kalau aku kerja sini tak bau syurga. Dia tak rela aku gaji RM600,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai kritikan daripada orang ramai terhadap segelintir majikan apabila masih ada lagi yang menawarkan gaji di bawah RM1,000.

“Betul-betul perah tenaga orang dengan kos rendah,” komen Encik Thathithu.

“Wujud lagi ya gaji bawah RM1,000 macam ni? Sedihnya la hai, sekarang KWSP, Perkeso tu wajib kot. Tak kisah dalam probation (percubaan) ke atau dah tetap. Insya-Allah ada rezeki tempat lain tu sis,” komen @Aqilahh.nordinn.

“Saya pernah kerja tadika permulaan gaji RM500. Lepas tiga bulan dia janji nak bagi RM800, tapi dia bagi RM650, RM700 je dengan alasan saya tak menonjol. KWSP tak bayar dengan alasan kita tak bagi nombor akaun KWSP kita ke dia,” kata @Cikyaya_mardiah. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Wujud lagi ya gaji bawah RM1,000?’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved