Wujud lebih banyak kawasan selamat

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 6:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wujud lebih banyak kawasan selamat

BUTTERWORTH: Polis akan memperluas pelaksanaan projek ‘Whitening the Blackspot’ ke lokasi-lokasi lain di seluruh negara dalam usaha mewujudkan lebih banyak kawasan selamat kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, ketika ini, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakan projek tersebut dengan tujuh lokasi di lima daerah di negeri itu telah dipilih sebagai kawasan perintis.

“Kita buat projek ini di peringkat kontinjen dan yang pertama adalah di Pulau Pinang. Kita turun ke setiap daerah, kita buat sesi libat urus, perjumpaan dan sebagainya.

“Kita juga dengar permasalahan (masyarakat) dan cuba meng­atasi permasalahan-permasalahan tersebut dengan kerjasama semua agensi yang terlibat termasuk masyarakat itu sendiri, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta kepimpinan-kepimpinan setempat.

“Saya percaya dengan cara ini, ia dapat memberikan sinergi yang baharu bagi memastikan keselamatan itu dapat dilaksanakan. Dalam hal ini, Pulau Pinang boleh menjadi contoh dan kita akan cuba laksanakan projek ini di negeri-negeri yang lain pula secara berperingkat selepas ini, insya-Allah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Projek ‘Whitening the Blackspot’ oleh Kontinjen Polis Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA@Butterworth Arena di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Ke­selamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin serta Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Mohd. Khalid mahu pelaksanaan projek berkenaan diberikan perhatian serius termasuk dipantau secara sistematik dan dinilai berdasarkan impak.

“Kita janganlah mengukur kejayaan berdasarkan jumlah operasi atau program semata-mata, sebaliknya, kita perlu melihat sama ada kadar jenayah menurun, kawasan menjadi lebih teratur, kehadiran polis semakin dirasai dan masyarakat benar-benar berasa lebih selamat,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Dennis berkata, Polis Pulau Pinang akan menggerakkan sebanyak 41 agensi kerajaan dan swasta bagi mentransformasikan kawasan hitam atau lokasi ‘hotspot’ untuk aktiviti jenayah menjadi lokasi yang lebih selamat untuk komuniti di bawah Projek ‘Whitening the Blackspot’.

Katanya, fasa pertama di bawah projek itu merangkumi 14 program dan 38 inisiatif yang akan dilaksanakan di kelima-lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di ne­geri ini dengan kesemua tindakan disasarkan akan selesai dalam tempoh sembilan bulan. – UTUSAN

The post Wujud lebih banyak kawasan selamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved