Wujudkan syarikat Bumiputera untuk dapat projek tapi bukan menipu

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 6:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wujudkan syarikat Bumiputera untuk dapat projek tapi bukan menipu

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat kontraktor dan pembinaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia mewujudkan syarikat Nepturis Sdn Bhd bagi memudahkannya mendapatkan projek-projek kerajaan yang dikhaskan untuk syarikat bertaraf Bumiputera.

Bagaimanapun, Pengarah syarikat Metrasys Sdn Bhd, Lian Tan Chuan (TC Lian), 55, menafikan tindakannya itu adalah untuk menipu Kementerian Kewangan dan Kerajaan.

Tambahnya, beliau tidak menggunakan syarikat Metrasys yang mana Tan Chuan dan isterinya adalah pengarah untuk memohon projek kerajaan kerana ia akan ditolak.

Pada prosiding sebelum ini, bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, objektif program Jana Wibawa adalah untuk merangsang pembangunan kontraktor Bumiputera dan merancakkan sektor pembinaan negara ketika krisis pandemik Covid-19.

“Kami tak pernah cuba (untuk mohon projek kerajaan) kerana projek untuk (syarikat) bukan Bumiputera sangat kurang. Projek yang banyak peluang itu adalah projek Bumiputera. Saya boleh tukar (penarafan) Metrasys (tetapi) saya nak kekalkan untuk saya dan isteri. Untuk syarikat Bumiputera, kami ada rancangan lain, itu yang kami tubuhkan Nepturis.

“Ikut syarat CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), nama saya tidak boleh ada dalam dua syarikat. Nama saya dah ada di Metrasys jadi saya tidak boleh daftar nama di Nepturis. (Kalau daftar), Nepturis tidak akan dapat taraf G7, taraf (syarikat) Bumiputera,”katanya.

Sebelum ini, pengarah Nepturis, Aliza Abd Malek memberitahu walaupun beliau dan seorang lagi pengarah Mohd Rizman Akum Khan diletakkan sebagai pengarah dan mempunyai pegangan saham sama rata dalam pendaftaran syarikat namun mereka mengetahui bahawa Tan Chuan mempunyai 30 peratus saham dalam Nepturis.

Terdahulu, ketika disoal balas oleh peguam bela, Datuk Amer Hamzah Arshad kenapa Tan Chuan tidak pernah mendedahkan pegangan sahamnya dalam Nepturis sehingga sekarang, beliau menjawab: “Nobody ask (tiada siapa tanya).”

Selain itu, saksi itu mengesahkan bahawa sehingga hari ini Muhyiddin tidak pernah menghubunginya sendiri dan meminta sebarang sumbangan terus daripada Tan Chuan.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan membuat kejutan apabila memanggil Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad untuk pengecaman oleh saksi tersebut.

Difahamkan Adam Radlan yang merupakan sepupu kepada Datuk Seri Muhammed Adlan Berhan yang merupakan salah seorang menantu Muhyiddin akan turut menjadi saksi dalam perbicaraan itu. 

Pada prosiding sebelum ini, Tan Chuan memberitahu beliau menggunakan bantuan Adam Radlan untuk mendapatkan minit sokongan daripada Muhyiddin bagi permohonan projek oleh syarikatnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok. – UTUSAN

The post Wujudkan syarikat Bumiputera untuk dapat projek tapi bukan menipu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved