X Kini Menawarkan Akses Grok 4 Secara Percuma Untuk Semua Pengguna

TechnologyDigital
11 Aug 2025 • 10:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah ditawarkan secara terhad kepada pengguna berbayar, kini X memperluaskan penawaran Grok 4 kepada semua pengguna seluruh dunia, walaupun tidak melanggannya.

image is not available

Model kecerdasan buatan janaan Grok 4 ini dilihat lebih berkuasa, dan turut boleh melakukan carian masa-nyata sebelum memberikan jawapan kepada pengguna. xAI turut menyatakan sokongan penaakulan oleh Grok 4 lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Untuk pengguna percuma, Grok 4 mengehadkan kepada 10 pertanyaan bagi setiap dua jam. Sementara pengguna yang melanggan pelan premium pada X menerima akses yang lebih tinggi, dan boleh menggunakannya tanpa had.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji Grok 4 melalui X, atau melalui aplikasi khusus Grok di Android dan iPhone – sekaligus membandingkan penawaran Grok 4 berbanding GPT-5 yang terkini, atau Gemini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved