X Mengemaskini Harga Langganan Pelan Premium – Kini Bermula RM9 Sebulan

TechnologyDigital
15 Jul 2025 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X sebelum ini sedia mencuri perhatian ramai melalui penawaran tanda calit biru secara berbayar dibawah pelan Premium. Tidak setakat itu, dari hari ke hari, mereka telah mula menambah sejumlah ciri-ciri secara berperingkat kepada semua.

Pada awalnya, X menawarkan pelan langganan berbayar pada harga RM35 sebulan. Namun, kini, ia dilihat X mengemaskini harga langganan pelan premium ke lebih rendah berbanding sebelum ini.

image is not available

Pelan X Basic yang sebelum ini berharga RM13.13 sebulan, kini berharga RM9 sebulan. Sementara pelan Premium yang berharga RM35 sebulan, kini berharga RM23 sebulan. Pelan Premium+ yang menyertakan akses SuperGrok masih dikekalkan harga kepada RM177 sebulan – sejak ditingkatkan harganya beberapa bulan yang lepas.

Pelanggan sedia ada boleh melihat perubahan harga ini melalui bil langganan terbaru mereka. Anda juga turut boleh menikmati langganan lebih rendah apabila memilih membayarnya untuk setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved