Xbox Dijangka Akan Membuang Pekerja Lagi Pada Minggu Depan

TechnologyDigital
25 Jun 2025 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xbox, jenama gaming dibawah Microsoft telah membuat banyak pengumuman mengenai produk-produk baru kebelakangan ini, termasuklah kerjasama dengan AMD dan ASUS untuk membangunkan ekosistem konsol baru, dan juga dengan Meta untuk memperkenalkan set realiti maya Meta Quest 3S Xbox Edition.

Akan tetapi semua pengumuman baru ini masih tidak akan membantu pekerja-pekerja dibawah bahagian tersebut kerana ia telah dilaporkan bahawa Microsoft masih lagi akan membuang sejumlah pekerja melalui pengumuman yang akan dibuat pada minggu hadapan.

image is not available

Xbox telah membuang lebih 2000 pekerja sepanjang tahun 2024 dan beberapa studio dibawah mereka seperti Arkane Austin, Alpha Dog Games dan Tango Gameworks yang sama ada telah dibuang sepenuhnya, atau diserap kedalam studio-studio lain.

Pihak pengurusan Xbox menjangkakan bahawa pusingan pembuangan pekerja terbaru ini akan melepaskan ramai pekerja-pekerja dibawah jenama tersebut, tetapi belum mengesahkan lagi siapakah yang akan terkesan dengan pusingan pembuangan pekerja terbaru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved