AMD Memperkenalkan Dua Lagi CPU Baru Dibawah Model Ryzen Z2

TechnologyDigital
10 Jun 2025 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal tahun ini, AMD telah memperkenalkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen Z2, yang hadir dengan dua model cip pemprosesan, iaitu AMD Ryzen Z2 Extreme yang dilihat menguasakan konsol permainan ASUS ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X dan juga AMD Ryzen Z2 Go yang menguasakan konsol permainan Lenovo Legion Go S.

image is not available

Terkini, AMD telah memperlihatkan dua model cip pemprosesan baru didalam siri ini, iaitu AMD Ryzen AI Z2 Extreme dan juga AMD Ryzen Z2 A. Cip yang pertama boleh diperlihatkan sebagai sebuah cip AMD Ryzen Z2 Extreme dengan cip NPU terbina yang hadir dengan kuasa pemprosesan AI sebanyak 50 AI TOPS dan melepasi piawaian Microsoft Copilot+.

image is not available

AMD Ryzen Z2 A pula ialah sebuah cip pemprosesan yang diletakkan dibawah AMD Ryzen Z2 Go, dan hadir dengan empat teras AMD ZEN 2, penggunaan cip grafik AMD RDNA 2 dengan 8 teras terbina dan mempunyai julat penggunaan kuasa 6-20W, yang kini dilihat sebagai cip paling asas untuk konsol mudah-alih.

image is not available

Selain daripada butiran ini, AMD turut mengesahkan bahawa cip-cip baru ini hadir dengan sokongan untuk ciri penambahan resolusi dan bingkai tambahan AMD FidelityFX Super Resolution dan AMD HYPR-RX.

AMD tidak memperkenalkan sebarang produk yang akan menggunakan cip pemprosesan ini, mahupun tarikh pelancaran produk ini secara umum. Jangkaannya ialah AMD akan memperlihatkan butiran lanjut mengenainya di masa akan datang.