Xiaomi 17T Pro Melepasi SIRIM – Pelancaran Semakin Hampir

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 8:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 17T Pro Melepasi SIRIM – Pelancaran Semakin Hampir

Peranti Xiaomi 17T Pro telah melepasi laman SIRIM pada awal bulan lalu dengan ini pastinya menandakan pelancarannya di Malaysia semakin hampir. Tidak banyak maklumat mengenai peranti ini diketahui selain ia menggunakan nombor siri 2602EPTC0G. Menurut laman Tech Outlook, ia sebuah peranti dengan cip Dimensity 9500.

Image from: Xiaomi 17T Pro Melepasi SIRIM – Pelancaran Semakin Hampir

Besar kemungkinan ia adalah Redmi K90 Max yang baru sahaja dilancarkan di China minggu ini tetapi dijenamakan semula. Sebagai peringatan Redmi K90 Max hadir dengan skrin 6.83″ OLED 1.5K dengan kadar segar semula 165Hz serta sokongan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 9500, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 8,550mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Secara lazimnya siri Xiaomi T menawarkan prestasi mercu pada harga yang lebih mampu milik. Tetapi krisis RAM global akan menyebabkan semua harga peranti tahun ini lebih mahal berbanding model tahun lalu. Kita hanya perlu menanti pengumuman rasmi daripada Xiaomi mengenai bila Xiaomi 17T Pro akan dilancarkan.