Peranti skrin lipat lebar Xiaomi 18 Fold dilancarkan secara rasmi di China pada hari yang sama Huawei Mate XT2 dengan skrin trilipat dilancarkan. Seperti yang telah diacah, Xiaomi 18 Fold hadir dengan skrin luar sebesar 5.83″ AMOLED 120Hz LTPO sementara skrin lipat di bahagian dalam pula sebesar 7.58″ AMOLED 120Hz LTPO.

Saiz skrin pada Xiaomi 18 Fold lebih besar dil uar berbanding Z Fold8 dengan skrin 5.5″ tetapi skrin dalam sedikit lebih kecil berbanding Z Fold8 dengan skrin 7.6″. Kedua-dua skrin pada Xiaomi 18 Fold menyokong HDR10+ dan Dolby Vision.
Skrin ini dipadankan dengan cip Xring O3 menggunakan teknologi 3nm serta konfigurasi CPU 10 teras terdiri daripada 2 x 4.35 GHz C1-Ultra, 4 x 3.68 GHz C1-Premium dan 4 x 3.15 GHz C1-Pro. GPU yang digunakan pula ialah G2-Ultra NX dengan 16 teras untuk prestasi grafik yang tinggi. Memori adalah sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan storan pula sehingga 1TB UFS 4.1. Pada varian 1TB, memori LPDDR6 digunakan buat pertama kalinya pada sebuah telefon pintar.

Trikamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP dengan zum opti9kal sehingga 3.5X. Lensa Lecia digunakan pada kamera utama. Sementara itu dua kamera swafoto dipadankan dengan sensor 16MP. Bateri yang digunakan pula sebesar 6000 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 67W dan nirwayar pula 50W. Ini lebih pantas berbanding 45W pada Z Fold8.

Turut disertakan ialah pengimbas cap jari sisi, sokongan NFC, UWB dan speaker stereo lengkap dengan sokongan Dolby Atmos.
Peranti menggunakan Xioami HyperOS 4 berasaskan Android 17. Terdapat beberapa ciri AI seperti pembantu maya, suntingan gambar, janaan AI dan kemampuan melakukan ringkasan teks. Keseluruhan tubuh pula melepasi piawaian kalis air serta debu IP58.

Harga jualan di China adalah seperti di bawah dalam pilihan warna Ceramic Special Edition Warm Gold, White, Black dan Nishino Red
- Xiaomi 18 Fold 12/256GB – RMB 10,999 (~RM 6,628)
- Xiaomi 18 Fold 12/512GB – RMB 11,999 (~RM7,230)
- Xiaomi 18 Fold 16/ 512GB – RMB 2,999 (~RM7,833)
- Xiaomi 18 Fold 16/1000GB LPDDR6 – RMB 4,999 (~RM9,038)
- Xiaomi 18 Fold 16/1000GB LPDDR6 Ceramic Edition – RMB 5,999 (~RM9,640)




