
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap umat Islam sudah cakna bahawa ibadah solat atau sembahyang lima waktu merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari.
Malah terdapat rukun solat yang perlu diikuti agar sembahyang yang didirikan itu sah. Selain itu dengan mempelajari rukun solat kita juga dapat mengetahui apakah perkara yang boleh membatalkan solat.
Bukan hanya itu, terdapat juga beberapa keadaan yang mungkin akan menyebabkan seseorang berasa ragu-ragu sama ada solat yang dilakukan itu sah atau tidak. Oleh itu, rujukan fiqh daripada para ulama dapat membantu dalam menjawab setiap persoalan.
Sah ke solat kalau kaki terkena cat?
Baru-baru ini Geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor turut tidak ketinggalan apabila membuat sketsa mengambarkan keadaan sekiranya terdapat kotoran pada seseorang sewaktu mendirikan solat.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Bilal telah berjalan di belakang Imam yang sedang mendirikan solat.
Dia kemudian dilihat terhenti kerana ternampak kesan kotoran seperti cat pada kaki Imam berkenaan.
Bilal segera tegur ada cat di kaki Imam
Sebaik sahaja imam selesai mendirikan solat, dia kemudian memaklumkan kepada Imam berkenaan kesan cat pada kakinya.
“Bang, bang, tu kaki abang kena cat tu. Abang kena sembahyang balik tu,” ujar Bilal kepada Imam.
Namun Imam hanya tersenyum sambil menepuk bahu Bilal serta mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.
Tidak berpuas hati dengan respon diterima, Bilal kemudian mengikuti Imam walau ke mana sahaja dia pergi. Malah dia turut bertanya mengapa Imam tidak terus menggantikan solat yang didirikan?
“Oh yeke, dia macam ni. Kalau kita nampak kotoran contohnya macam cat ada dekat kaki, kita tengok dulu adakah kotoran itu menghalangi air wuduk.
“Kalau dia menghalangi air wuduk, kita kena ingat balik. Cat itu terkena selepas ambil wuduk atau sebelum ambil wuduk.
“Jika ragu-ragu juga di antara dua waktu itu, maka kita ambil kaedah Fiqh iaitu jika ragu di antara dua waktu kita ambil yang terakhir. Maknanya kita ambillah kotoran itu (cat) terkena selepas ambil wuduk.
“Maka solat tetap sah, tapi jika kita yakin kotoran itu ada sebelum kita ambil wuduk. Kemudian habis solat kita periksa ‘Oh aku yakin kotoran ni ada sebelum aku ambil wuduk lagi.’ Wajib ulang balik (semula) solat,” terang Iman berkenaan kepada Bilal.
Bilal menghantui 😆 Rujukan: Hasyiyah al-Bajuri #imam #bilal #masjid #dakwah #ilmuagama
Tak sah solat jika tanda cat terkena sebelum ambil wuduk
Perkara sama turut dijelaskan oleh Pejabat Mufti Selangor di laman sesawangnya selepas ada yang bertanya adakah sah solat jemaah jika imam tidak perasan ada cat di kakinya?
Menurutnya, solat jemaah tersebut tidak sah sekiranya cat wujud lebih awal sebelum imam berkenaan mengambil wuduk. Ini kerana wuduk yang diambil sewaktu cat sudah berada pada kaki imam adalah tidak sah.
Bahkan imam juga perlu pastikan bila cat tersebut terkena pada kakinya. Jika selepas mengambil wuduk maka solat jemaah tersebut adalah sah.
“Jika dia yakin tanda itu ada sebelum wuduk, maka tidak sah solat dan wajib ulang semula solatnya imam dan makmum.”
Source:
