Xiaomi Magnetic Power Bank 2 Dilancarkan Dengan Qi2

TechnologyDigital
5 Feb 2024 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setiap tahun Xiaomi pasti akan ada power bank baharu. Ada yang memfokuskan penggunaan profesional, ada juga yang mementingkan fesyen. Terbaru, Xiaomi menggabungkan dua elemen iaitu fesyen dan teknologi kepada Xiaomi Magnetic Power Bank 2.

image is not available

Power bank ini menggunakan rekaan yang sangat elegan dan ringkas. Ia menggunakan warna pastel yang menenangkan dan sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Power bank ini dilengkapi dengan sokongan Qi2 baharu, membawakan ciri pengecasan nirwayar magnetik 15W seakan MagSafe. Kapasiti bateri adalah 6000mAh dan mempunyai satu port USB-C untuk input/output.

image is not available

Xiaomi Magnetic Power Bank 2 turut dibina dengan kaki agar peranti boleh berdiri dengan sendiri secara menegak atau melintang. Xiaomi dilihat menawarkan aksesori kuasa ini khusus untuk pengguna iPhone, memandangkan Qi2 masih tidak disokong pada mana-mana peranti Android.

image is not available

Harga jualan Xiaomi Magnetic Power Bank 2 adalah RMB 249 (~RM165) dan hanya dijual di China buat masa ini. Tidak pasti jika power bank ini akan dijual ke pasaran global seperti Malaysia ataupun tidak. Sudah sampai masa saya menaik taraf Charby Orbit yang saya gunakan sekarang.