Xiaomi Mengumumkan Nama Sistem Operasi Baharu – Xiaomi HyperOS

TechnologyDigital
17 Oct 2023 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CEO Xiaomi hari ini secara rasminya mengumumkan sebuah sistem operasi baharu yang akan hadir bersama telefon pintar siri Xiaomi 14 mereka. Sistem operasi ini, dinamakan sebagai Xiaomi HyperOS.

image is not available

Maklumat lanjut untuknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Berbeza dengan sebelum ini, Xiaomi menggunakan nama MIUI – menandakan ia lebih kepada antaramuka di atas sistem operasi Android. Ia tidak diketahui sama ada HyperOS ini akan menjadi keseluruhan sistem operasi baharu seperti yang dibangunkan oleh Huawei untuk HarmonyOS, atau ia merupakan gantian nama antaramuka baharu dibawah Xiaomi.

Xiaomi menyasarkan pengenalan Xiaomi 14 pada 27 Oktober kelak, dimana kita turut akan mendengar mengenai HyperOS ini ketika itu. Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan dengannya.