Xiaomi, Oppo dan Vivo Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Peranti Sehingga 30% Kerana Krisis RAM

TechnologyDigital
30 Jun 2026 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi, Oppo dan Vivo telah memberitahu pembekal mereka akan mengurangkan pengeluaran telefon pintar mereka sehingga 30% disebabkan oleh krisis RAM yang meruncing. Menurut laporan Nikkei, Xiaomi mengurangkan pengeluaran telefon ke 95 juta berbanding 170 juta tahun lalu. Sebelum ini mereka dilaporkan menyasarkan pengeluaran ke 135 juta telefon. Tahun lalu Xiaomi adalah pengeluar dengan pegangan pasaran ketiga terbesar di belakang Samsung dan Apple.

Image from: Xiaomi, Oppo dan Vivo Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Peranti Sehingga 30% Kerana Krisis RAM

Oppo dan Vivo pula dilaporkan mengurangkan pengeluaran ke sekitar 90 juta telefon pintar tahun ini. Selain tiga gergasi telefon pintar China ini, Honor turut dilaporkan mengurangkan pengeluaran. Impak kekurangan bekalan RAM menyebabkan harga meningkat sehingga 4 kali ganda sejak Oktober 2025.

Kesemua pengeluar telefon pintar terkesan disebabkan krisis ini dengan jualan juga dijangka susut kerana harga peranti menjadi terlalu mahal. Apple belum lagi menaikkan harga iPhone tetapi harga peranti lain meningkat mendadak minggu lalu.

Mereka boleh dikatakan bernasib baik kerana masih mampu mengeluarkan peranti baharu. CMF by Nothing dan ASUS mengumumkan mereka tidak melancarkan telefon baharu tahun ini kerana tidak mampu mendapatkan bekalan RAM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved