Xiaomi sedia menawarkan kenderaan elektrik mereka di China, yang mana mempunyai peminatnya tersendiri. Malah, baru-baru ini mereka telah melancarkan Xiaomi YU7 yang menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.
Buat masa ini, Xiaomi hanya menawarkan kenderaan elektrik mereka di China sahaja. Berkongsi berkenaan dengannya baru-baru ini, CEO Xiaomi, Lei Jun mengatakan akan pertimbangkan menjual kereta mereka di luar China, sekitar 2027 kelak.

Xiaomi ingin memfokuskan pasaran domestik terlebih dahulu, dan ingin memenuhi permintaan dalaman sebelum menawarkan ia pada peringkat global. Di China sendiri, pratempahan untuk Xiaomi YU7 baharu sangat tinggi, sehingga memerlukan ada pembeli yang pratempah untuk menunggu sehingga lebih setahun sebelum dapat menerima kereta mereka.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan dua tahun lagi, dan bagaimana pihak Xiaomi akan terus memperkembangkan pengeluaran kenderaan mereka dalam memenuhi permintaan pengguna.

