Yamaha R9 Sah Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Dijangka Dilancarkan Ketika MotoGP Malaysia

LocalCars
24 Aug 2026 • 11:57 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Yamaha R9 Sah Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Dijangka Dilancarkan Ketika MotoGP Malaysia

Penantian peminat Yamaha di Malaysia terhadap model supersport baharu jenama itu nampaknya bakal berakhir apabila Yamaha YZF-R9 sah menunjukkan petanda kuat untuk memasuki pasaran tempatan.

Petunjuk terbaru hadir menerusi video highlights acara Gen Blu yang berlangsung baru-baru ini, apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menyelitkan teaser ringkas pada penghujung video tersebut. Paparan berkenaan memperlihatkan sebahagian daripada rekaan bahagian hadapan R9, termasuk imej lampu yang cukup untuk mencetuskan spekulasi mengenai kehadirannya di Malaysia.

Malah, berdasarkan maklumat yang diterima, YZF-R9 dijangka dilancarkan pada Oktober ini, bersempena minggu penganjuran MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.

Jika menjadi kenyataan, kemunculan R9 bakal menjadi antara pelancaran Yamaha paling dinantikan tahun ini, lebih-lebih lagi selepas model tersebut sudah mendapat perhatian peminat motosikal dunia sejak diperkenalkan sebagai generasi baharu jentera supersport Yamaha.

Dari segi Spec, R9 menggunakan enjin CP3 tiga silinder 890cc yang menghasilkan sekitar 119 PS dan 93 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem Third Generation Quickshifter, manakala pakej elektronik turut merangkumi Traction Control System (TCS) dan Wheelie Control.

R9 dilengkapi sistem Brembo, sementara suspensi boleh laras disediakan bagi memberikan talaan yang lebih sesuai mengikut gaya tunggangan dan kegunaan.

Antara kelengkapan lain termasuk paparan TFT berwarna bersaiz lima inci, selain reka bentuk supersport yang menampilkan elemen aerodinamik berinspirasikan MotoGP. Yamaha sendiri menyifatkan R9 sebagai gabungan prestasi jentera litar dengan tahap kebolehgunaan yang lebih mesra untuk tunggangan jalan raya.

Buat masa ini, harga, varian dan spesifikasi khusus untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan secara rasmi oleh HLYM.

Namun dengan teaser yang sudah mula muncul, persoalannya kini bukan lagi sama ada R9 akan tiba di Malaysia, tetapi berapa lama lagi sebelum Yamaha membuka tirai rasmi model ini?

Dan jika benar pelancarannya berlangsung ketika minggu MotoGP Malaysia 2026 pada Oktober, nampaknya peminat Yamaha mempunyai satu lagi sebab untuk menantikan kemeriahan minggu perlumbaan di Sepang.

The post Yamaha R9 Sah Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Dijangka Dilancarkan Ketika MotoGP Malaysia appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved