Yamal cipta kemenangan hatrik

FootballSports
28 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Yamal cipta kemenangan hatrik

LONDON – Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal terus mengukuhkan namanya sebagai antara bakat paling menonjol apabila sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Trofi Kopa 2026 iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain terbaik dunia bawah 21 tahun.

Kejayaan itu mencipta sejarah tersendiri buat Yamal apabila  menjadi pemain pertama memenangi Trofi Kopa selepas melakar ‘hatrik’ apabila mendominasi  anugerah berkenaan diperkenalkan sejak 2024.

Pemain sensasi Sepanyol itu mengatasi beberapa pencabar terdekat seperti rakan sepasukannya di Barcelona, Pau Cubarsi yang menduduki tempat kedua, manakala Warren Zaire-Emery dari Paris Saint-Germain (PSG) berada di tangga ketiga.

Selain Yamal, Majlis Ballon d’Or 2026 berlangsung di London Palladium pada awal pagi semalam turut menyaksikan bola sepak Sepanyol mendominasi kategori kejurulatihan.

Pengendali pasukan kebangsaan Sepanyol, Luis de la Fuente, dinobatkan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik selepas membimbing La Roja menjuarai Piala Dunia 2026, menewaskan juara bertahan Argentina di pentas final.

De la Fuente mengatasi calon lain, termasuk Mikel Arteta dari Arsenal, Luis Enrique dari Paris Saint-Germain, Vincent Kompany dari Bayern Munich dan Unai Emery dari Aston Villa.

Selain itu, Pere Romeu yang membimbing Barcelona Femeni, turut menerima pengiktirafan dalam kategori kejurulatihan wanita. – AGENSI

The post Yamal cipta kemenangan hatrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved