YB Duyong ingat pesan keramat Bung Moktar -“Kalau mau menang, kerja macam mau menang”

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 4:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

YB Duyong ingat pesan keramat Bung Moktar -“Kalau mau menang, kerja macam mau menang”

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem telah berkongsi semula hantaran Facebook penyokong  Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan menyatakan akan terus mengingati pesan yang pernah disampaikan pemimpin politik berkenaan sewaktu allahyarham masih ada.

Ingat pesan keramat

Menerusi hantaran tersebut, Helmy atau biasa disapa YB Duyong menyatakan beliau akan terus mengingati kata-kata keramat allahyarham dan akan terus membawanya hingga ke mati.

“Kalau mau menang, kerja macam mau menang,”
“Inilah kata-kata keramat Allahyarham DSPBMR. Jasa dan budi akan saya kenang sampai mati,” tulisnya.

#

Terdahulu, YB Duyon dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini mengundang rasa sebak penyokong Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Dalam luahan tersebut, akaun Facebook yang menggunakan nama Pejuang Sabah telah mengenang kembali detik Allahyarham turun padang dan berdiri bersama Helmy ketika PRN Melaka sebelum ini, selain membayangkan Allahyarham mungkin tersenyum gembira melihat kejayaan tersebut.

Menurutnya, PRN Melaka kali ini terasa berbeza tanpa kehadiran Allahyarham yang pernah bersama-sama mengharungi perjuangan politik terdahulu.

Meskipun sudah tiada, segala kenangan dan perjuangan beliau tetap terpahat dalam ingatan mereka yang pernah mengenalinya.

“Dulu kita bersama di bumi… Mungkin hari ini, Allahyarham melihat dari alam sana. Al-Fatihah. Rindu My Big Boss,” luahnya.

Akan Bung Moktar teruskan legasi bapa di Duyong

Walaupun Bung Moktar tidak bersama lagi, Ahli Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar yang juga anak kepada Allahyarham tetap turun ke Duyong bagi meneruskan legasi bapanya dengan membantu calon Barisan Nasional di kawasan tersebut untuk berkempen pada PRN Melaka tempoh hari.

Berkat sokongan dan juga kempen yang berlangsung cemerlang, Helmy sekali lagi diangkat menjadi ADUN kawasan tersebut dengan memenangi kerusi berkenaan secara bergaya menerusi majoriti 10,000 undian.

Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy, Naim Moktar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved