YDPA Perkenan Tangguh Permohonan Pengampunan Najib, Bebas 65 Banduan Yang Lain

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 1:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

YDPA Perkenan Tangguh Permohonan Pengampunan Najib, Bebas 65 Banduan Yang Lain

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (11 September), Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menangguhkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Permohonan Pengampunan Najib Ditangguhkan Ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan Kelak

Permohonan itu ditangguhkan sehingga ke Mesyaurat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan, perkara itu diputuskan oleh baginda dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan pada hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong juga berkenan supaya permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” kata mereka.

Yang Di-Pertuan Agong Turut Perkenan Bebaskan 65 Banduan, Banduan Warganegara Hendaklah Diusir & Dihantar Ke Negara Asal

Jelas BHEUU, Sultan Ibrahim turut berkenan membebaskan 65 banduan pada hari ini (11 September).

Kesemua banduan yang bukan warganegara hendaklah diusir serta dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas mereka dibebaskan.

Hannah Yeoh Sebelum Ini Sahkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Akan Diadakan Hari Ini

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pada hari ini.

Malah Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut turut mengesahkan menjadi antara individu yang dipanggil bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Namun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu enggan memperincikan butiran lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan antara lain akan mempertimbangkan keputusan permohonan Najib untuk mendapatkan permohonan terhadap sabitan kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri ke-6 itu telah didenda RM120 juta dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun selepas disabitkan atas kesalahan menyeleweng dana SRC International sebanyak RM42 juta pada Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022 kemudiannya turut mengekalkan hukuman tersebut.

Walau bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan telah mengumumkan Najib diberi pengurangan sebanyak 50% bagi hukuman penjara menjadi enam tahun dan denda turut dikurangkan dari RM210 juta menjadi RM50 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved