65 Banduan Dibebaskan, Pengampunan Najib Ditangguhkan Ke Mesyuarat Akan Datang

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, berkenan membebaskan 65 banduan menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Bagi banduan bukan warganegara yang dibebaskan, mereka diwajibkan diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas pembebasan.

Advertisement

Najib

Dalam mesyuarat sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan pada masa akan datang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi siaran media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM), bertarikh 11 September 2026.

Najib

Keputusan tersebut bermakna permohonan pengampunan Najib belum diputuskan dalam mesyuarat kali ini dan akan dibawa untuk pertimbangan pada mesyuarat akan datang.

Untuk konteks, proses pengampunan bagi kes membabitkan Wilayah Persekutuan dibuat melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong. Pejabat Perdana Menteri sebelum ini turut menjelaskan bahawa keputusan berkaitan pengampunan merupakan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azeez rahim2026-09-09 11:21:40

Abdul Azeez Direman Dua Hari, Bantu Siasatan Kes Berkaitan Pemberian Hibah

The post 65 Banduan Dibebaskan, Pengampunan Najib Ditangguhkan Ke Mesyuarat Akan Datang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved