Permohonan pengampunan Najib ditangguh

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 11:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Permohonan pengampunan Najib ditangguh

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

Katanya, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah diadakan pada hari ini.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan supaya permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim turut berkenan membebaskan 65 banduan pada hari ini.

“Semua banduan bukan warganegara hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh 6 bulan selepas dibebaskan,” katanya.

Terdahulu, mesyuarat Lembaga Pengampunan berlangsung pada 9 pagi hingga 10.30 pagi hari ini di Istana Negara di sini bagi membincangkan perkara berkaitan kuasa pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Mesyuarat tersebut dipercayai dipengerusikan oleh Sultan Ibrahim selain dihadiri Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh.-UTUSAN

The post Permohonan pengampunan Najib ditangguh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved