
YDPB Negeri Sembilan Titah Dua Darjah Kebesaran Rais Yatim Ditarik Balik Serta-Merta
Darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menitahkan penarikan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S).
Baca juga:
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Berfungsi Seperti Biasa, Pastikan Tadbir Urus Teratur - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260
Untuk pengetahuan, S.P.N.S dikurniakan pada 2001, manakala D.S.N.S pula pada 1979.
"Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi Diraja Negeri Sembilan," katanya.






