YIDE agih 41 pek bantuan kepada mangsa banjir di dua PPS

26 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

YIDE agih 41 pek bantuan kepada mangsa banjir di dua PPS

SHAH ALAM, 26 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengagihkan 41 Pek Prihatin kepada keluarga terjejas banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor dan Kuala Langat pada 23 November lalu.

YIDE menerusi hantaran Facebook memaklumkan sebanyak 37 pek diagihkan di PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pasangan, Kuala Selangor yang menempatkan 116 mangsa daripada 37 keluarga.

Menurutnya, empat lagi pek disalurkan kepada keluarga terjejas di PPS Balai Raya Kampung Sungai Kelambu, Kuala Langat.

“Pek Prihatin YIDE yang disalurkan mengandungi barangan keperluan harian seperti selimut, tuala, baju T-shirt, sabun mandi, kain pelikat, kain batik, ubat gigi dan berus gigi bagi membantu memenuhi keperluan asas mangsa yang terpaksa berpindah ke PPS,” menurut hantaran itu.

YIDE memaklumkan pengagihan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan membantu keluarga terjejas akibat banjir, khususnya dalam memenuhi keperluan harian sepanjang berada di pusat pemindahan.

Yayasan itu turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atas kerjasama dalam melancarkan pengagihan bantuan.

Orang ramai turut digalakkan menyokong usaha kebajikan menerusi sumbangan infak bagi membantu golongan memerlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved