YouTube Akan Kurangkan Capaian Keratan Video Penerbit Kandungan Lain Yang Dimuat-Naik Kembali Ke Shorts

Technology
2 Oct 2026 • 7:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini, salah satu perkara yang semakin meningkat popular dalam kalangan saluran di YouTube, Instagram dan TikTok adalah dimana beberapa saluran mula membuat keratan video daripada sebuah video panjang, dan seterusnya memuat-naik video berkenaan. Ia dikenali sebagai “Clipping” dan terdapat beberapa perkhidmatan yang membayar pengguna untuk memuat-turun keratan video ke saluran mereka, sekaligus memastikan sesuatu perbincangan dicapai lebih meluas berbanding kebiasaan.

Image from: YouTube Akan Kurangkan Capaian Keratan Video Penerbit Kandungan Lain Yang Dimuat-Naik Kembali Ke Shorts

Menyedari perkara ini yang dilihat tidak begitu sihat kepada platform, YouTube kini memerangi kandungan seumpamanya. Melalui kemaskini baru, YouTube menyatakan akan mengutamakan kandungan asli pada Shorts, dan mengurangkan capaian kandungan yang dimuat-naik kembali daripada saluran lain, tanpa menambah sebarang kandungan sendiri.

YouTube mengatakan sistem mereka akan kenal-pasti secara automatik, dan memastikan kandungan asli mempunyai capaian lebih baik. Ini juga dilihat selari dengan polisi capaian video pada YouTube utama, yang mengutamakan video asli, dan mengurangkan capaian video yang dimuat-naik kembali bukan milik saluran berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved