YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

TechnologyDigital
21 Aug 2026 • 12:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

Platform video dalam talian terkemuka dunia YouTube, kini tampil dengan ciri kemaskini yang lebih tersusun dan ringkas untuk penggunanya.

Menjengah ke laman X milik akaun rasmi Updates From YouTube, platform video dalam talian gergasi ini menyatakan mereka kini tampil dengan tiga elemen baharu untuk aplikasi mudah alih YouTube di telefon pintar, laman sesawang dan televisyen.

Menerusi hantaran di laman x berkenaan, Naib Presiden Pengalaman Pengguna di YouTube, Jonathan Terleski berkongsi berkenaan aspek baharu platform tersebut menerusi rakaman video pendek beliau. Antara ciri yang dinyatakan adalah:

Paparan antara muka video minimal, kemas dan mudah digunakan

Menurut Jonathan, untuk memastikan para pencipta kandungan menyerlah. YouTube tampil dengan antara muka pemain video yang lebih kemas dan ringkas. Malah tiada lagi senarai paparan butang yang terlalu banyak dan ini akan menjadikan setiap pengalaman menonton video menjadi lebih jelas serta fungsi ini terlihat konsisten pada setiap video yang ditonton.

Jadi dalam erti kata lain, YouTube telah memperkemaskan paparan pemain video menjadi lebih mudah tak tidak semak dengan pelbagai paparan butang terpampang di skrin. Ingin faham lebih jelas? Berikut ringkasannya:

  • Lebih fokus kepada pencipta kandungan – paparan video dibuat supaya kandungan lebih menyerlah
  • Antara muka menjadi lebih kemas – mengurangkan jumlah butang yang memenuhi skrin
  • Butang utama yang konsisten – fungsi seperti butang Like, Share dan Comment dipaparkan lebih jelas
  • Fungsi tambahan lebih minimalis – untuk fungsi yang jarang digunakan seperti butang Save, Download dan Report boleh di lihat apabila pengguna menekan di bahagian ‘Lagi’ atau paparan tiga titik di hujung paparan skrin
Image from: YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

Bahagian akaun, sejarah tontonan dan library jadi lebih tersusun

Selain itu, Jonathan turut memaklumkan bahawa pengguna YouTube akan dapat melihat di bahagian akaun, sejarah tontonan dan library telah berubah menjadi lebih tersusun dan kemas. Untuk fahami secara ringkas berkenaan perubahan kemaskini ini, berikut highlight nya:

  • Akaun – lebih mudah nak akses tetapan akaun dan maklumat yang telah dibuat
  • Sejarah tontonan – pengguna kini lebih mudah melihat video yang pernah ditonton
  • Library – pengguna juga dapat mencari video atau kandungan yang pernah disimpan cepat tanpa perlu melalui banyak menu
  • Paparan antara muka yang kemas – semua kandungan yang pernah ditonton ataupun yang telah di simpan menjadi lebih kemas dan tersusun
Image from: YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

Pengalaman penggunaan YouTube di TV diperkemas

Naib Presiden Pengalaman Pengguna dari YouTube ini turut menyatakan bahawa, YouTube ingin memberi pengalaman menonton dan navigasi di skrin besar seperti televisyen atau laptop menjadi mudah untuk digunakan penggunanya. Serta pengguna juga dapat mengakses langganan dan menonton video pendek bersama keluarga atau rakan-rakan lebih senang. Berikut perincian yang telah diringkaskan:

  • Navigasi lebih mudah – pengguna lebih senang mencari kandungan yang diingini
  • Langganan mudah diakses – baik langganan percuma dan berbayar semuanya mudah untuk diakses menerusi paparan yang telah diperkemaskan
  • YouTube Shorts mudah dicapai – bukan itu sahaja, video pendek juga lebih cepat dibuka di televisyen
  • Pengalaman tontonan terbaik bersama keluarga dan rakan – menjadikan pengalaman menonton video pendek di YouTube Shorts di skrin besar bersama keluarga ataupun rakan lebih menyeronokkan
Image from: YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

Reaksi pengguna di laman X bercampur-baur

Pemberitahuan kemaskini oleh YouTube ini mengundang pelbagai reaksi pengguna sosial media di laman X, ada segelintir yang menyukai elemen baharu tersebut dan ada juga yang menyatakan pandangan yang sebaliknya. Ini antara reaksi pengguna tentang ciri terbaru YouTube:

“Baiki laman sesawang tu dulu”

“Kembalikan klip!” tulis pengguna sosial media di laman X

Image from: YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

“Tidak! Kami tak nak pendek! Versi panjang!”

“Buat apa saja, tapi sila hapus kawalan AI” tulis pengguna lain

Image from: YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

“Terbaik!”

“Saya lebih suka kalau anda jadikan video pendek lebih sukar untuk di cari sebenarnya” luah pengguna di laman X

Image from: YouTube tampak kemas dan tersusun lepas kemaskini 3 perkara ini!

Apa pandangan anda tentang kemaskini baharu yang dilakukan YouTube ini, adakah ia lebih baik atau ciri yang lama lagi bagus? Kongsikan komen anda bersama kami!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved