YouTube Music 2024 Recap Kini Boleh Diakses

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru bulan November dan minggu ini YouTube Music telah memberi akses awal kepada Recap 2024 untuk semua pengguna. Recap adalah jawapan YouTube kepada Apple Music Replay dan Spotify Wrapped yang merumuskan aktiviti pendengaran pengguna sepanjang tahun. Buka sahaja aplikasi YouTube Music, tatal sedikit ke bawah dan anda akan melihat 2024 Recap is here!

image is not available

Laman utama Recap kali ini akan memaparkan Stories untuk lagu paling kerap anda mainkan, senarai muzik kegemaran, artis kegemaran, garis masa pendengaran, watak filem anda, podsiar yang selalu anda dengarkan, mood muzik yang anda gemarkan dan juga rumusan keseluruhan. Kemudian di bawahnya adalah koleksi gambar dalam Google Photos yang dipadankan dengan lagu yang anda mainkan mengikut data tarikh.

image is not available

YouTube Music turut memaparkan senarai main khas Recap mengikut bulan, selain turut menawarkan koleksi senarai main lagu terbaik 2024 mengikut genre seperti K-Pop Hits 2024, Pop Hits 2024 dan banyak lagi. Setiap Stories dan senarai main dalam 2024 Recap ini turut boleh dimuat turun dan dikongsi kepada platform media sosial.