Rockstar baru sahaja mengumumkan pembukaan pra-tempahan permainan Grand Theft Auto VI yang memperlihatkan tanda harga RM339 dan akan tiba khusus untuk konsol Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X dan Series S sahaja.
Selain daripada versi digital yang boleh dibeli di PlayStation Store, permainan video ini juga hadir dengan versi fizikal, tetapi secara jujurnya ia hanyalah kod untuk versi digital yang datang dengan kotak penutup fizikal untuk kedua-dua versi konsol tersebut.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Rockstar akan memperkenalkan Grand Theft Auto VI dengan versi fizikal yang sebenar, dan jika benar, versi fizikal GTA VI ini nampaknya hanya akan ditawarkan selepas pelancaran permainan tersebut pada 19 November ini.

Menurut laporan PPE.pl, mereka telah bertanya kepada pihak perkhidmatan pelanggan Rockstar, yang memberitahu mereka bahawa jualan awal Grand Theft Auto VI hanya akan hadir dalam versi digital, yang mana versi fizikal akan diperkenalkan selepas pelancaran permainan tersebut.
Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai bilakah GTA VI versi fizikal ini akan diperkenalkan, tetapi jangkaan atau harapan orang ramai ialah ia akan tiba seawal bulan Disember 2026.
Sumber: PPE.pl




