YouTube Shorts Kini Mempunyai Ciri Menggunakan Avatar AI Sebagai Pengganti Diri Seperti Sora

TechnologyDigital
10 Apr 2026 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah anda terlalu mendak untuk merakam video sendiri atau tiada masa kerana tekanan masa yang terhad? YouTube kini memberikan ciri dimana anda boleh “berlakon” dalam video tanpa perlu melakukannya sendiri secara fizikal menurut laporan 9to5Google.

image is not available
Gambar – 9to5Google

Ciri baharu avatar kecerdasan buatan (AI) akan memasukkan diri anda secara maya dalam video yang dijana oleh Google Veo. Pengguna YouTube hanya perlu memuat naik video swafoto pendek dan kemudian mengungkap beberapa baris perkataan untuk menghasilkan avatar. Kemudian masukkan prom video yang ingin dijana dan avatar yang dihasilkan akan menggantikan diri anda. Ciri ini amat mirip dengan yang diberikan dalam aplikasi Sora yang telahpun dimatikan oleh OpenAI.

Avatar boleh dipadam bila-bila masa sahaja dengan ia akan dipadam sendiri oleh Google sekiranya tidak digunakan selama 3 tahun. Orang lain walaubagaimanapun tidak boleh menggunakan avatar anda tanpa kebenaran.

YouTube berkata ciri baharu ini boleh menjana video dan audio sehingga 8 saat. Pengguna boleh menjana beberapa klip dan menyambungnya menjadi video lebih panjang. Walaupun ciri telah diumumkan, kami belum boleh melihat ciri ini diaktifkan dalam aplikasi YouTube di Malaysia.