YSIJ sumbang Smart TV, cermin mata kepada murid B40 di Pasir Gudang

24 Aug 2026 • 5:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: YSIJ sumbang Smart TV, cermin mata kepada murid B40 di Pasir Gudang

PETALING JAYA –  Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan komitmennya membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan kebajikan pelajar menerusi sumbangan televisyen pintar (Smart TV) serta cermin mata. 

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebanyak 10 unit Smart TV berukuran 75 inci diserahkan kepada 10 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang. 

Kata hantaran itu, sumbangan tersebut bagi menyokong proses pembelajaran digital di bilik darjah.

“Seramai 2,000 murid golongan B40 di bawah PPD Pasir Gudang turut menerima sumbangan cermin mata menerusi program jalinan kerjasama strategik bersama Season Optical.

“Sumbangan diserahkan oleh Pengurus Kanan YSIJ Shah Reza Md Kanafe kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mohd Jefferin Saat, dan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Razali Tamadi,,” tulis hantaran tersebut. 

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3, di sini, hari ini.

Sementara itu, YSIJ pada Khamis turut tampil menyampaikan sumbangan kepada Rossli Mohamed Yatim yang mengalami masalah kesihatan menerusi program Ziarah Kasih di kediaman beliau di Nusa Damai, Pasir Gudang. – KOSMO! ONLINE

The post YSIJ sumbang Smart TV, cermin mata kepada murid B40 di Pasir Gudang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved