Anwar, Sultan Brunei adakan pertemuan empat mata sempena ALC-27

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 2:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar, Sultan Brunei adakan pertemuan empat mata sempena ALC-27

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27), hari ini.

Anwar berkata, pertemuan berkenaan memberi ruang kepada kedua-dua pemimpin bertukar pandangan secara terbuka dan mesra mengenai pelbagai perkara berkepentingan bersama.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk saya dan Paduka Seri Baginda Tuanku bertukar pandangan secara terbuka dan penuh mesra terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama.

“Berteraskan hubungan akrab, kepercayaan dan persahabatan istimewa yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar tiba di Brunei, semalam bagi lawatan kerja selama dua hari untuk menghadiri rundingan tahunan berkenaan yang menjadi platform kedua-dua negara membincangkan isu kepentingan bersama serta memperkukuh hubungan dua hala. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar, Sultan Brunei adakan pertemuan empat mata sempena ALC-27 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved