YTL menang timbang tara penamatan subkontrak TSR Bina

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

YTL menang timbang tara penamatan subkontrak TSR Bina Image from: YTL menang timbang tara penamatan subkontrak TSR Bina hamden12/10/2026 - 17:12 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Okt - Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd (SPYTL), anak syarikat milik penuh YTL Corporation Bhd, memperoleh keputusan timbang tara yang memihak kepadanya dalam pertikaian dengan TSR Bina Sdn Bhd (TSR), apabila tribunal memutuskan bahawa penamatan subkontrak berkenaan adalah wajar dan sah di sisi undang-undang.

 

Dalam keputusan timbang tara bertarikh 15 September 2026, tribunal mendapati TSR telah melanggar subkontrak serta gagal melaksanakan kerja-kerja yang dipersetujui dengan ketekunan, kecermatan dan kepantasan sewajarnya.

 

Tribunal turut memutuskan tuntutan TSR terhadap SPYTL adalah tidak berasas dan tidak mempunyai merit, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Prosiding timbang tara itu dimulakan oleh TSR pada Ogos 2019, susulan dakwaan SPYTL telah menamatkan subkontrak berkenaan secara salah.

 

Artikel Berkaitan: TSR Capital terima RM2.56 juta daripada keputusan akhir timbang tara berkaitan pertikaian subkontrak dengan SPYTL

 

Dalam keputusan sama, tribunal menetapkan SPYTL berhak menerima ganti rugi tertentu daripada TSR serta mengarahkan syarikat itu membayar kos kepada SPYTL, termasuk kos pelantikan pakar dan kos guaman antara pihak.

 

Selepas mengambil kira ganti rugi tertentu berjumlah RM2.17 juta dan kos yang diperintahkan sebanyak RM700,000, jumlah bersih RM2.26 juta perlu dibayar kepada TSR bagi kerja-kerja yang disiapkan sebelum penamatan subkontrak. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved